Your Ad Here









armyzha
August 24th 1983  (Age 28)
Female
Alor Star, Kedah


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, January 18, 2012
no longer here~

Mlayz Ladey On Facebook =) find me there~ no idea to write. =D

Posted at 10:06:44 pm by armyzha
Make a comment  

Sunday, June 20, 2010
~ Affidavit Cinta ~

oH cinta! sulit mendefinasikan istilah itu... tatkala reaksi senyawa kimia dalam otak dibiaskan.. tumbesaran mu meledak ledak di dlm jiwa.. mengalir hangat dalam tiap corong saraf yg sedia ada. Kehadiranmu cinta, tidur malam ku tak nyenyak.. mandi pagi pun tak bersabun.. betapa asyik! asyik skali membuai buaian cinta asmara kita. Namun cinta.. betapa ku sedar.. fenomena liar yang terbiasa ini adalah hanya interaksi aku pada sang hati. kerana 'dirinya' cinta..jelas sekali tidk memperakui akan kezahiran keberadaan aku secara fizik. mengapa pencarian respon perasaan ini sukar dikesan? cuma yang dirasakan.. seperti aku bertepuk sebelah tangan. Duhai cinta.. tiada yg tidak pernah memilikimu merasakan perasaan itu. Justru ..bukan pada persuruh jaya sumpah atau memohon tandatangan dipertua sesyen mejistret mana mana mahkamah antarabangsa.. tetapi..biarlah hanya bersaksikan Allah & para tentera panglimaNya saja.. aku dengan lafas basmallah..di dada affidavid cinta ini.. dengan bangga mengistiharkan.. aku menyintaimu separuh hatiku duhai cintaku~! jawablah aku.. sebelum wasiat cinta pula menyusul sahut... affidavit cinta by Tina @ Zainab Abd Manan

Posted at 11:17:07 am by armyzha
Make a comment  

Sunday, January 10, 2010
~Al-Hadid : The Iron~

 

Sekadar penyucian hati. Adakala kita memahami setiap text yang dibaca, namun, adakah kita memahami setiap perincian konteks kenapa ia diturunkan? 

Mengaji & mengkaji.

Ayat 20:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Posted at 9:38:33 am by armyzha
Make a comment  

Thursday, November 26, 2009
-||-Kembara Juang -||-

 

Kembara minda filosouf
melewati terusan perjuangan,
merasionalisasikan kalbu untuk menela'ah,
berfikir secara falsafah,
menjustifikasikan kemanisan pengorbanan
walau tercemar maruah 'dik keaiban
kebodohan dan seumpamanya..
sumber akal menuntut istiqomah dan sabar
berlapang dada menerima tentuan qadho & qadarNya.

Usah dimatematikkan susah dan payah pengorbananmu
Jangan disujud pada sentimental kebatinan sedutan cemuhan pasif-agresif
yang membenarkan imbauan perasaan daif melumpuhkan
semangat juangmu.
Semarakkan pertahanan kental dari menjadi naif.
biar rebah, tak beerti kalah.
Kembara hidup ini sentiasa ada pemulaannya
cuma pastikan tidak muflis di akhir garisan penamatnya.

Orientalis Berdaulat
Tina @ Zainab Abdul Manan

Posted at 2:55:03 pm by armyzha
Make a comment  

Kawan..

yang mungkin engkau tahu..
aku korbankan masa..menyulam kata bersms dgn mu
aku korbankan skupang dua sms..menandakan aku rindu kpdmu
dan harap kau balas balik sms aku tu! =)
aku korbankan waktu tidur, menerima laporan hiba aduan nasib dukacita
yang kau harungi selalu.
aku krbankan fikiran menyimpul idea menyumbang jenaka asal saja kau ketawa
(walaupun kekadang buat lawak takde pun respon gelak!)
aku korbankan hari kerja semata-mata nak bertemu denganmu
walhal adakala..kau tk datang pun menemui aku..
sedih..tapi indah..kerana cinta itu ADA.

Di sebalik yang engkau tahu..
betapa manis segala pengorbanan itu semasa ia berlaku.
namun menjadi kontra
apabila dirimu ghaib bersama yg ke tiga, ke empat atau yg ke lima..
pada saat-saat dirimu aku perlukan sangat-sangat untuk memberi
sumbangan daya kepekaan tatkala jiwaku merintih belangsungkawa.
pengorbanan dianggap sia-sia
seperti diri ini tdk dihargai oleh sesiapa.
perasaan itu di tokak! terasa di cabul sewenangnya..
justru tiap atom nilai zarah virus barah perkembangan cinta itu tadi
dikorbankan dari merebak ke seluruh pelusuk hati.
maka, bila cinta tiada, pengorbanan pun lesap bersamanya.

Namun,namun..dan NamUn.. ternyata aku mengelamun!
Merusuh cinta membabi buta
Padahal aku belajar dari islam yang mengajarku supaya menjadikan
pengorbanan itu sesuatu yang berharga
sebagai penyaksian dan pembuktian kpd aqidah
demi utk kebahagian dan kselamatan hidup di dunia & akhirat kelak.

dan engkau..mesti tahu,
biarpun sayang atau tidak
pengorbanan pasti berlaku
akan berlaku dan selamanya berlaku.
Semoga tiap pengorbanan itu sentiasa di jalan Nya
Semoga tiap pengorbanan itu sentiasa di terimaNya
Dan..Semoga tiap pengorbanan itu di kurniakan
Pahala yng sewajarnya.

Selamat menyambut Hari Kebesaran Aidul Adha.
Berkorban lah apa saja..kerana DIA dan bukan kerana siapa-siapa.

Posted at 2:53:04 pm by armyzha
Make a comment  

Sunday, October 18, 2009
Tak Kira Siapa

suara simfoni okestra dari langit mencapai ke
cuping telinga sebelum menghantar getaran itu ke otak dengan
menukarnya ke isyarat elektrik..
kilauan bervoltan tinggi menikam ke perut bumi walau
jauh dikaki langit, mampu menghangitkan apa dan siapa jua
yang begadai maut di lingkungan laluanya.

 

kalau lah dapt ku ledakkan binaan konstruksi isi hati
yang hampir siap dekorasi keindahannya seperti
fenomena itu,
pasti kau teruja dengan kata cinta yang berhempas pulas
aku mencipta..
padahal diselitkan tanpa sedar, ada seruncing buluh dendam
yang mungkin dalam tenang menikammu hingga kecundang!
(baru aku puas!)
hanya kerana ada yang ke3,
aku! kau sangkut saja dalam almari!
sehingga dia menjauhimu..
aku sekali lagi yang di cari! hebat!
silap aku.. terlampau mengagungkan kesetiaanmu..
yang semata-mata palsu!

 

yang nyata, sukar mendeskriptif
suara ajaib dalam diri yang ingin diterjemah..
seperti ada conspiracy antara hati dan pusat kawalan
badan, menentang lidah untuk meluahkan muntahan itu!

aku, sekadar merebut cinta yg lari..
sehingga dapat..
akan ku tusuk jantung itu dgn panah cinta yg pernah dizalimi!

Posted at 3:57:39 pm by armyzha
Make a comment  

Monday, July 13, 2009
Transit Terakhir

 Transit Terakhir

5hb Julai 2009/12 Rejab 1430 H

12 Tengahari (AHAD)

 

 

 

“Innalillahi wa innaillaihi rajiun’..”

Gugusan minda intra-aktif mula berpusar mencari peristiwa yang mungkin ada bersisa antara aku dan dia. Sejarah hanya berbekas pada zaman kanak-kanak yang lebih banyak  kenangannya, kian beredar sedikit demi sedikit dari tampuk kehidupan ala zaman kini. Hati merungut sepi. Lidah beristiqfar berulang kali kala kalut mula menerpa. Jari jadi menggelabah menutup message yang dihantar abah. 12.24 tengahari. Lantas jari sekali lagi melata di punat telefon bimbit mencari nombor majikanku  untuk di maklumkan pula padanya yang aku ingin PULANG!!!

 

Malang.. Mak di rumah menunggu ku hampir sejam, kerana kerja di pejabat ada yang wajib dilaksanakan dahulu.

“awat hang lambat sangat?! Cepat sikit siap! Oqang nak pi dah nih! Buat depa simpan awai satgi, tak sempat pulak nak tengok.” Mak kalut dah…

Dengan tidak sepantas Ferrari di litar Sepang , apatah lagi sepantas daya cahaya tochlight atau mentari, tapi tidaklah selembab kura kura yang berenang, aku dengan rempuhan ribut keserabutan di dalam otak mencapai sahaja perkakas yang penting lalu mengisi ke dalam perut beg galas berwarna pink yang telah lama tersadai kosong di celah anak tangga. Dengan perut masih berkeroncong sejak awal pagi, masih belum terlambat jika aku membekalkan ubi kentang dan ikan bilis yang di goreng AIN. Gara-gara tidak sengaja aku ter teropong di sebalik tudung saji semasa meniti ke dapur tadi. Sayangnya  tidak sempat untuk di buat sambal tumis untuk menjamu selera di tengahari hari ini. kira boleh lah makan dalam perjalanan ke Baling sekejap lagi, walaupun tanpa nasi.

 

“PPPiiiIIInnnnnnnnnNNNNNNNNNNNNNNNN!!” merdu bunyinya.

Mak mengHON kan aku supaya cepat. Aku yang paling lambat. Mereka sudah bersiap siaga di dalam kereta. Seolah olah mengejar sesuatu yang berharga. Ya! Penghormatan terakhir itu bagiku paling berharga.. dari segalanya! Selepas memastikan keadaan rumah selamat untuk ditinggalkan, aku memasuki kereta. FuuuuHhh..Lega!! setelah kereta terus meluncur di atas lebuh raya, aku pun mula mengisi perut yang sudah tidak berdaya tadi..Perut perlu diisi, walhal mulut, enggan menikmati. Namun, dalam hati, hanya DIA maha mengetahui..

 

Satu jam setengah selepas itu, sejurus memasuki wilayah kelahiranku, hati mula berbaur hiba. Keadaan di sekitar bawah bukit itu kelihatan masih lengang dari kenderaan sanak saudara. Terasa hening panoramanya. Maklum lah, orang jauh tak sampai lagi. Cuma kelihatan Ayah Long yang baru tiba dengan kancil hijau yang dipinjamkan oleh jirannya. Betul betul parking di belakang kancil hijau kepunyaan Mak aku. Aiikk...Mak Long ..????

 “hah, dia kat KL. Kat Rumah Abang Leley. Bini dia baru beranak. Anak Laki. Petang ni sampai lah kot dia dengan yang lain lain.” Dengan termengah mengah Ayah long menyampaikan perkhabaran itu sambil bersama sama beriringan menuju ke destinasi di atas bukit sana. Mungkin terlampau kalut sangat memandu kereta dari Sungai Petani tadi. Kesian...

 

Setibanya di pintu hadapan rumah berkembar yang salah satu dari rumah itu pernah menjadi kepunyaan Mak aku sebelum ia di tukar hak milik kepada Ayah Chop (Abg ipar mak), aku terpandang seseorang yang menangis begitu tragis di tepi pintu dapur  sebelah kanan dari pintu hadapan tadi. Sepupuku Wan, anak bongsu dari 6 beradik, teresak – esak di atas kerusi rotan yang  sudah kelihatan uzur di situ. Hanya dia dan ibunya (kakak kepada Mak aku) yang ku panggil ‘Nda’ sahaja yang berada di sisi arwah ketika nafas terakhir di hembuskan di ruang atmosfera dunia. Hiba mula menerjah. Pandanganku beralih pula ke sebelah kiri. Terdapat satu dusun yang pemiliknya aku kurang pasti. Di bawah pokok rambutan di situ, para kaum adam sedang berzikir dan bertahmid. Pandangan, ku alihkan pula ke dalam rumah...

Masuk saja kedalam, langkah ku justru terus mencari ruang jenazah ditempatkan. Oh...di ruang dapur rumah berkembar yang telah ditebuk itu rupanya. Ruang di situ luas. Mungkin nanti mudah untuk di mandikan dan dikafankan . Selepas bersalaman dengan orang kampung yang berhimpun di ruangan itu, aku dan keluarga pun menyelak langsir yang caca merba corak & warnanya, di mana sedikit sebanyak menjadikan ia satu ruang kamar untuk jenazah supaya senang untuk sesiapa saja datang berziarah. Kelihatan sepupu ku No kakak Sulung kepada Wan berada   di sisi katil menyambut kami dengan linangan air mata sambil mengangkat selendang putih yang menyelaputi muka jenazah untuk kami menatapnya di ufuk sisa - sisa hari. Arghh.. sayunya! Kala itu, jantung berdegup kencang. Hasil tindakan reflek sentuhan hati ke frekuansi otak, mata memainkan peranan isyarat penting bahawa takungan cecair yang sedikit masin di kelopak mata tidak bisa lagi dibendungnya. Persis empangan Tasik Pedu di Kuala Nerang yang pecah, begitulah bercurah curahnya air mata yang mengalir di cenuram pipi sebelum disingkir jari. Kedengaran sayupnya pula bacaan surah yang bergema.. terasa sayupnya alunan suara mereka.. suara Uni, adik perempuan No dan seorang wanita yang tidak aku kenali di sebelahnya.  Aku tidak tahan! senduan tangisan kini dibiarkan.. Tok!!.... Tok memang betul dah tak ada... Air mata masih bercurahan. Kali ini, persis air terjun Lata Bayu yang berdekatan. Kuyup lengan baju menyapu air mata di pipiku. (tersendu-sendu)

 

Seorang demi seorang datang mengucup Tok yang membujur kaku di situ. Tapi aku...arghhhhh sedih sangatt!! Nanti dulu lah.. Aku lebih leka menatap sebujur badan yang berselimut dengan kain batik di situ. Sedikit terkilan, kakinya tidak dapat diluruskan. Iza, adik perempuan No yang ke dua datang menyapa “Masa Tok tak dak tadi, Cuma Mak ngan Wan ja yang ada kat rumah. Kami semua keluaq pi qeja. Semenjak balik dari kenduri rumah hampa, Tok dah mula demam. Lepas tu nafas dia pun dah lain macam..Mak pun dah siap nak pi ambik ubat kat Tok tadi. Mak nak bagi dia mandi. Tapi dah tengok dia bernafas lain macam ja, Mak cuma lap je la badan dia. Mak ajaq  Tok ngucap.. lepas tu...tak dak dah (sambil menggelengkan kepalanya).. Nasib baik Mak ada! kalau aku yang jaga Tok tadi, mesti aku kata Tok tidoq punya.. hik hik hik” Dalam kesedihan itu, sempat lagi kami berjenaka. Hmmm.. tak sangka, kenduri kahwin abang sulungku pada 20hb june tiga minggu yang lalu,  menjadi hari pertama dan terakhir bagi mereka yang tidak pernah melihat Tok. Ada juga rupanya di kalangan cucu-cucu tiri Tok  yang hadir dimana sama sekali juga tidak pernah berjumpa dengan Tok sebelum itu.

 

Surah Yasin sudah tersedia di hujung kepala Jenazah. Aku dengan tawaduqnya di satu sudut sebelah kiri Jenazah, menghadiahkan Al-Fatihah dan bacaan Surah Yasin buatnya. Ain di sebelah ku. Mak dan Aminah menggantikan tempat Uni dan wanita tadi, berada di sebelah kanan Jenazah. Bacaan surah mengambil masa yang lama bagi ku dan juga mereka yang menyedekahkannya kepada Jenazah. Daripada 10minit yang selalu ku praktikkan setiap hari khamis, malam jumaat di rumah, kini menjadi setengah jam. Bacaan sedikit terganggu. Bacaan dalam tangisan... esakkan mereka yang berada di kiri kanan membuat hati sesiapa saja yang medengarnya menjadi hiba, lantas, bergelinanganlah sang air mata.. Sesungguhnya Tuhan, aku tidak tahan!!!!  Nafas di tarik dalam sebelum bacaan bermula setelah terhenti entah buat kali yang ke berapa.... seketika selepas itu pula, abah yang datang berasingan daripada kami, berselawat sambil membuka selendang yang menutup wajah Jenazah ibu mertuanya. Sebelum beliau menadah tangan untuk berdoa, sempat dia berpesan kepada kami di situ supaya menyapu minyak di kaki jenazah berharap ia boleh diluruskan sedikit. Namun, dibangkang Mak dan kakaknya pula kerana takut menyiksa Jenazah. Mungkin tidak mengapa jika seawal waktu roh meninggalkan jasad jenazah Tok. Semasa hayat Tok, Tok begitu kurus sehingga kakinya dalam keadaan merapat ke paha. Istilah orang kedah (merekod). Aku belum terfikir lagi akan perkataan yang sesuai untuk di gunakan di sini.

 

Sebelum ‘Asar, tong atau tab bekas air untuk jenazah dimandikan tiba. Uni, bersiap sedia mencari besen menadah air untuk memandikan jenazah. Aku menolong Ngah (sepupu Mak) mengisi air ke dalam besen yang di susun Uni. Ngah salah satu keluarga yang paling dekat tinggal di Baling. Keluarga Ngah tinggal bersebelahan rumah ibunya yang juga dipanggil sebagai TOK LANG oleh kami yang bergelar cucu. Setelah segala peralatan mandi sudah tersedia, Zaid, adikku diarah Mak untuk mengangkat Jenazah Tok untuk diletakkan kedalam tab mandi tadi. Aku dan No menolong. Seterusnya, upacara memandikan Jenazah berlangsung dengan di terajui  oleh seorang bidan  bersama dua orang pembantunya. Kami yang berada di situ sekadar membantu dan menurut saja apa yang di arahkan seperti menjirus air ke atas badan Jenazah berulang ulang kali. Selesai Jenazah dimandikan, sekali lagi Jenazah perlu diangkat oleh golongan yang kuat kudratnya. Kali ini Ayah Chop, Ayah long dan dua orang lelaki yang tidak aku kenali pula di arah memindahkan jenazah ke tempat untuk dikafankan yang cuma di sebalik tirai kamar tadi. Cukup sekadar di hujung kaki Jenazah, aku berteleku di situ melihat Jenazah Tok di kafan kan. Sendu muncul buat sekelian kalinya. Kali terakhir menatap wajah Tok sebelum wajah itu di tutup. Air mata, ku tahan dulu kerana aku ingat pesan ustaz “ semasa nak cium jenazah yang sudah di kafankan, jangan air mata kita sesekali menitis pada nya.” Aku tidak tahu jika ada dalil atau sanad yang sahih mengatakan tentang itu, tidak mustahil bagi akal. Namun, bukan masanya berhujah mengenai sesuatu yang aku tidak tahu. Lantas, seorang demi seorang kaum keluarga mengucupi Jenazah Tok. Kucupan Selamat Tinggal. Semestinya aku tidak ketinggalan. Kedengaran  Van Jenazah tiba bersama keranda besi yang dibawa. Seorang lelaki muda bersereban segak, berkaca mata tebal dan berpelekat putih yang berkemungkinan tak salah aku bercopkan ‘cap gajah duduk’ (hue hue hue) , kelihatan lagaknya seperti tok imam, mengarah mengangkat dan meletakkan jenazah ke dalam keranda tersebut. Sempat lagi aku berbisik kepada Iza yang berada di sebelah “ huhuuhuhu dah ada bini ke belum ?” heheheh... walau dalam suasana sedih, rasanya tak silap jika aku sisipkan sedikit unsur- unsur  yang tidak patut aku usulkan dalam keadaan sebegitu. Keranda di bawa ke ruang tetamu depan rumah. Bersiap sedia untuk disembahyangkan di situ. Setelah imam mengangkat takbir pertama, kedengaran suara dari belakang meminta No menyuruh Jemaah berhenti sembahyang. Katanya, bapanya, Ayah ‘Aq iaitu Abang kepada Mak aku dan Nda hampir tiba untuk menatap wajah Jenazah buat kali terakhir. Agaknya bila lah kali terakhir mereka berjumpa Tok?? Aku tidak pasti. Susah nak balik kampung jika hidup berjauhan. Rupanya suara itu milik Ayu, sepupu ku. Ayu dan Mak nya (Mak Nah) baru tiba dari Kelantan selepas beberapa hari mereka sudah berada di sana menziarahi keluarga sebelah Mak Nah. Cuma Ayah ‘Aq dan anak-anaknya yang lain serta abang ku yang sulung bersama isterinya sahaja yang bertolak dari Banting. Kata Mak Nah boleh jika kita minta imam berhenti sekejap, sebab kejadian serupa juga telah berlaku padanya semasa Arwah Ibunya meninggal di Kelantan dahulu. Namun, dalam masa berceloteh itu, sembahyang diteruskan kerana tiada sesiapa pun yang berani untuk ke hadapan. Maklum lah sembahyang sudah nak habis. Tanpa membuang masa Tok imam, orang kampung, dan penggali kubur yang sudah selesai lama menunggu di tanah perkuburan di sana, van jenazah dengan deruman singa meluncur pelahan menuruni bukit menuju ke pusara. Aku dan No juga tidak berlengah. Nasib baik ada motor extra. Kami berdua adalah kaum hawa yang pertama sampai di perkuburan islam yang tidak lah begitu jauh dari rumah. Seketika selepas itu barulah kelihatan sanak saudara dari Banting, Tokchik Perlis dan keluarga, anak-anak dan menantu Ayah Long, serta ada lagi saudara mara yang aku sengaja terlepas pandang kerana  yang penting sekarang ini adalah urusan Jenazah di dahulukan. Proses menguburi Jenazah Tok pada telahan aku adalah sangat pantas. Tidak seperti Arwah suami Tok yang kami panggil TOK ABAH yang  juga pusaranya terletak hanya di sebelah kiri pusara Tok. Mungkin kerana Maghrib yang sedang menyusur tiba. Dari dekat, aku memerhati kosong si Zaid, Hasdi (abang kepada Ayu) dan Ayah Long yang berada di dalam lapangan tanah meletakkan jenazah di dalam satu ruang kamar yang di buat rapi di dalam perut bumi itu.. Setelah sebujur badan berselimut putih itu bersemadi sepi seorang diri, dari atas perkuburan, mereka yang memegang cangkul bersiap siaga mengais tanah untuk menguburi ruangan tadi. Sedikit demi sedikit tanah di kais masuk. Ayah Long, Zaid & Hasdi mula memanjat keluar dari pusara Tok. Batu nisan yang tiada bernama dipacak kan dahulu. Tikar mengkuang di hampar. Seorang warga emas datang berteleku di hadapan pusara itu. “Mungkin salah seorang tok imam dari surau atau masjid yang berdekatan kot..” Firasat hatiku berkata. Diiringi juga Ayah ‘Aq, June (abang sulung aku), Ayah Long dan beberapa orang lagi. Mereka bersama-sama berteleku di situ mendengar zikir dan doa dari warga emas tadi. Tapi, kami di belakang, ada yang bersembang, seolah olah tidak menghormati si mati kerana bacaan warga emas tadi tidak kedengaran sama sekali. Selepas beliau menghabiskan tugasnya, seorang lagi pula menggantikan tempatnya. Kali ini bacaan Talkim berkumandang. Talkim membuat kan aku menjadi insaf walau untuk sesaat. Menyegarkan hati mengingati kematian. Mati itu pasti. Hati sebak lagi. Berdiri aku di situ mendengar satu persatu. Satu hari pasti aku akan dibacakan juga sebegitu. “wey, 6.45 dah. Jom! Eri dah nak sampai. Satgi lewat pulak sampai S.P.” tergejut aku dengan sapaan No  dari belakang. I say! baru aku teringat! Kami perlu ke stesyen bas Sungai Petani mengambil Eri (adik lelaki No). Dia bekerja di Pahang. Namun, aku minta No menunggu untuk bacaan Talkim dihabiskan. Selesai Talkim, Lelaki muda segak bersereban yang aku ceritakan tadi pula menanti giliran. Rupanya umur kami sebaya. Itu yang dikhabarkan No, rupanya rakan sekolah rendahnya dahulu. Huhuhuhuuuuu.... tapi, kami tidak boleh menunggu lagi. Eri pasti mengamuk jika telat kami sampai di sana nanti.

 

Hhmmm..(keluhan dilepaskan) Terasa berat untuk kakiku melangkah pergi dari sini. Entah mengapa, aku suka berada di halaman pusara. Tempat ini tenang. Jiwa juga merasa senang. Tetapi, mengapa masih ada  mereka yang tersalah pandang? Tanah perkuburan sering di canang seram! wahai manusia.. di situlah transit terakhir kita sebelum Israfil meniup sangka kalanya yang ke dua. Ya, mati itu pasti!

 

“Tok, di sebalik hijab itu, aku tahu, kau pasti mendengarku. Aku mohon pergi buat seketika ini. Insyaallah, aku pasti akan ke sini lagi jika mampu. Bukannya kali pertama aku ke sini, dan berharap bukan yang terakhir juga aku menziarahimu. Walau dari jauh, aku kan selalu mengingati mu, menyintaimu, merinduimu, menyedekahkan mu sedikit sebanyak amalan ku serta mengirimkanmu pahalaku..  Jika sampai aku melupakanmu suatu ketika.. Jengah lah di dalam mimpi mimpiku, bangunkan lah aku jika terlena lama. Agar ku bisa tidak terleka dengan kemanisan dunia yang sangat sedikit nikmatnya.

 

Bersaksikan Mu Ya Allah, Tiada tuhan selain Mu Ya ALLAH, Muhammad PesuruhMu Ya ALLAH. Aku bermohon kepadaMu Tuhan Ku yang Satu, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan Sekelian Alam...

Tempatkan lah Tengku Jusoh Bin Tengku Ahmad dan Syarifah Chut Bt Syed Mohamed serta saudara seislam ku yang dikebumikan di sini, Tempatkan lah  mereka Ya ALLAH, bersama dengan golongan yang beriman kepadamu Ya ALLAH. Semoga, ruh-ruh mereka di cucuri rahmatmu Ya ALLAH. Daripada Mu kami dijadikan, dan kepadaMu jua lah kami dikembalikan. “

Aku mengakhiri doa dengan memuji Penciptaku yang satu, pesuruhnya Muhammad (s.a.w) , ahli bait dan para sohabat. Amiin, Amiin, Amin, Ya Rabbal A’lamin..  Aku melangkah pergi dengan sisa air mata yang berbaki. Selamat jalan Tok Pah. Berpisahlah kita sebelum berjumpa lagi di akhirat kelak. Insyaallah, kita jumpa nanti di Syurga.

 

          Pemergiannya, tidak perlu disoal banyak.. Berbagai andaian yang ditaburkan,

             Kala hayatnya masih dikandung badan.

             Lantas, di panjangkan tempoh keaadaannya yang sebegitu, Untuk sesama kita

             memperoleh faedah amalan.

             Cuma disebalik itu, kita tidak tahu, apakah hikmah yang sedang menunggu.

             Namun, dengan sudah sedaya upaya, kita berkorban suka mengharungi duka.

             Memberi & menerima.. segala ketentuan yang sudah berlalu..

 

 

Satu catatan journal yang luar biasa ertinya bagiku. Empangan Tasik Pedu pecah sekali lagi tatkala journal ini diakhiri.

Sekian. Wa’llahu’alam.

 

Catitan pena elektronik,

 

Tina @ Zainab Bt Abdul Manan

6hb Julai 2009 / 13 Rejab 1430 H (Isnin)

Posted at 10:56:01 am by armyzha
Make a comment  

Friday, September 12, 2008
Kerana Satu Klik..


KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA
HINGGA HARI KIAMAT
Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada
setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat. Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh
dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat
bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk
penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebihcantik.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke
jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)
pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa
yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa
pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengankonteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah
syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet
akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannyamelalui email.
Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam
“emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada
“emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah,
menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.
Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana
menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.
Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak? Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja
saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam

Posted at 4:46:30 pm by armyzha
Make a comment  

Thursday, June 19, 2008
setiap saat

 

Saat bumi berputar
saat mentari singgah sebentar
saat manusia kejar mengejar
harta dunia dan akhirat di cari sejajar
saat jam terus beredar.

tanpa sedar,
saat itu telah berlalu
saat bulan pula beradu
muhasabahkah diri ini
setelah saat tadi diharungi.
munasabahkah pula jika esok
tiada lagi saat yang di nanti.

Berbekal kah aku ke tempat yang di tuju
bila, saat itu DIA menjemput ku.

( created: Tina [armyzha] )

Posted at 8:00:50 pm by armyzha
Make a comment  

Sunday, December 30, 2007
i'm here for U

i know how it feels
to have no one by your side
when your feelings of helplesness
you just can not hide
but when you depressed
and have nowhere to go
i shall always be here
coz i love u so

there always are time
when life get real low
when each day just brings
another fresh blow

Dont feel depressed
and dont feel too down
when troubles descend
dont put on a frown

Turn to me then for a helping hand
for truly my dear
i'm ur good friend!

Posted at 5:45:39 pm by armyzha
Make a comment  

Next Page